Sweden juara Euro B-21

Sweden juara Euro B-21

PRAGUE, 1 Julai (AFP) – Penjaga gol, Patrik Carlgren menyelamatkan dua penalti untuk membawa kemenangan Sweden ke atas Portugal, sekali gus mencatat sejarah menggondol gelaran pertama kejohanan Eropah Bawah 21 tahun pada aksi final, awal semalam.

Pemain kelab AIK Stockholm itu mendapat sorakan penonton yang memenuhi Stadium Eden apabila menyelamatkan tendangan penalti Ricardo Esgaio dan William Carvalho untuk menjadikan kedudukan 4-3 penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan tamat permainan masa tambahan.

Namun, rakan di sebelah Portugal, Jose Sa, yang tidak berjaya dibolosi sepanjang kejohanan terpaksa akur apabila hanya menghalang satu tendangan penalti daripada pemain Sweden.

Portugal mengatasi gergasi Eropah, Jerman 5-0 pada separuh akhir, namun Sweden yang tampil pada final mempunyai pertahanan yang kental.

Pemain Sweden meraikan kejayaan muncul juara Kejohanan B-21 Eropah selepas menundukkan Portugal semalam. – AFP
Pemain Sweden meraikan kejayaan muncul juara Kejohanan B-21 Eropah selepas menundukkan Portugal semalam. – AFP

Sejak beraksi di pentas final pada 1994, Portugal nyata mencetus banyak peluang jaringan dengan memburu gol seawal minit permainan bermula namun percubaan Pereira Ricardo hanya tersasar di palang gol Sweden.

Dua minit kemudian, ledakan Sergio Oliveira hasil sepakan percuma pula terkena palang gol Sweden.

Sweden, yang beraksi pada final 1992 pula bangkit pada minit ke-12 menerusi tandukan Isaac Kiese Thelin namun berjaya ditepis Jose Sa.

Penyerang Sweden, John Guidetti, yang beraksi untuk Celtic musim lalu, mencipta peluang menerusi tendangan volley namun terkena palang gol pada minit ke-52.

ARTIKEL YANG SAMA