Sweden periksa penumpang

Sweden periksa penumpang

COPENHAGEN, Denmark, 5 Jan (AFP) – Kesemua penumpang pengangkutan awam dari Denmark ke Sweden perlu menunjukkan pengenalan bergambar sebelum dibenarkan memasuki sempadan Stockholm berkuatkuasa semalam, sebagai usaha untuk mengekang kemasukan pelarian ke negara itu.

Langkah kawalan sempadan antara dua negara Nordic yang dilaksanakan pertama kali sejak lebih seabad lalu itu dilihat bakal memberi tamparan hebat kepada zon bebas pasport Eropah, sistem Schengen.

Pengguna pengangkutan awam juga dijangka terpaksa beratur panjang dan menunggu lama untuk melakukan pemeriksaan di jambatan dan rangkaian terowong Oresund yang juga laluan masuk utama golongan pelarian ke Sweden.

Difahamkan, langkah terbaharu itu dibuat bertujuan untuk menghalang kemasukan migran tanpa dokumen sah daripada memasuki Sweden selepas negara itu menerima lebih ramai pelarian perkapita berbanding negara Eropah lain.

Kakitangan keselamatan memeriksa pas kemasukkan para pelancong di stesen kereta api Kastrups, luar Copenhagen. - Reuters
Kakitangan keselamatan memeriksa pas kemasukkan para pelancong di stesen kereta api Kastrups, luar Copenhagen. – Reuters