Sweden tunjuk garang

Sweden tunjuk garang

STOCKHOLM, 6 Jun – Kehebatan Zlatan Ibrahimovic menidakkan aksi Gareth Bale yang menyaksikan Sweden menang mudah 3-0 ke atas Wales di Stockholm, pada aksi menjelang Euro 2016, awal pagi tadi.

Ibrahimovic mencipta gerakan untuk gol pendahuluan Emil Fosberg di Friends Arena sebelum Mikael Lustig dan John Guidetti masing masing meledak pada babak kedua.

Sweden mempersembahkan corak permainan meyakinkan namun pengendali Wales, Chris Coleman mula goyah apabila anak buahnya sekadar meraih satu kemenangan daripada tujuh perlawanan dihadapi.

Bale diketepikan dalam tiga aksi persahabatan sebelum ini yang mana tidak dimenangi oleh Wales dan hanya memanaskan bangku simpanan lapan hari selepas merangkul Liga Juara-Juara bersama Real Madrid.

Dengan Bale di bangku simpanan, Ibrahimovic mengambil peluang untuk menyerlah apabila dia mencipta gerakan seawal minit pertama untuk Martin Olsson namun cubaannya sekadar melewati palang.

Ibrahiimovic bersama rakan sepasukannya meraikan gol mereka. – AFP
Ibrahiimovic bersama rakan sepasukannya meraikan gol mereka. – AFP

Gerakan yang memulakan serangan balas pantas dan melakukan hantaran kepada Fosberg memberikan gol pendahuluan buat Sweden lima minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Lustig kemudiannya meledak masuk gol kedua selepas cubaan kali pertamanya ditepis penjaga gol, Danny Ward pada minit ke-57 dan kelebihan dua gol membuatkan jurulatih Sweden, Erik Hamren mengeluarkan Ibrahimovic selepas sejam perlawanan berlangsung.

Bale pula kemudiannya dibawa masuk namun sekadar mampu melakukan cubaan menerusi sepakan percuma dengan Sweden terus melebarkan jurang menerusi jaringan lewat permainan oleh Guidetti. – AFP