SWIFT hentika...

SWIFT hentikan akses bank-bank Korea U

BRUSSELS, 17 Mac – SWIFT, sistem pemindahan wang antara bank berkata ia telah menghentikan hubungan dengan bank-bank terakhir Korea Utara dalam rangkaian tersebut, ketika tekanan antarabangsa memuncak ke atas Pyongyang berhubung program nuklear dan peluru berpandu balistiknya.

“Bank-bank DPRK yang ada dalam rangkaian itu tiada lagi terbabit dengan kriteria keahli-an SWIFT. Akibatnya, entiti ini tiada lagi mempunyai akses kepada perkhidmatan mesej kewangan SWIFT,” kata kumpulan berpangkalan di Brussels dalam satu kenyataan.

“Disebabkan perhatian antarabangsa yang terus meningkat ke atas DPRK, SWIFT telah mengesahkan pihak berkuasa Belgium dan EU,” katanya, merujuk kepada Republik Rakyat Demokratik Korea, nama rasmi negara itu. Kenyataan itu tidak mengatakan berapa banyak bank-bank Korea Utara terlibat.

Langkah itu bermaksud yang Korea Utara tidak lagi mempunyai akses dalam sistem pemindahan kewangan global SWIFT, menambah lagi keterpencilan negara yang dikenakan sekatan hebat itu. – AFP