Switzerland ikat tuan rumah Perancis

Switzerland ikat tuan rumah Perancis

LILLE, 20 Jun (AFP) – Switzerland mengiringi Perancis untuk meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Euro 2016 selepas mengikat tuan rumah 0-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A, awal pagi tadi.

Perlawanan itu menyaksikan Perancis kurang bernasib baik apabila tiga peluang terbaik bagi menjaringkan gol gagal disempurnakan selepas bola terkena palang.

Perancis banyak mendapat peluang menjaringkan gol di babak pertama tetapi intensiti permainan selepas itu menurun dengan kedua-dua pasukan dilihat gembira dengan keputusan dalam perlawanan berkenaan.

Skuad Les Bleus menamatkan saingan Kumpulan A sebagai juara apabila mengumpul tujuh mata selepas tiga perlawanan, dua mata di depan Switzerland yang menghuni tangga kedua.

Aksi pemain kedua-dua pasukan dalam perlawanan tersebut. – AFP
Aksi pemain kedua-dua pasukan dalam perlawanan tersebut. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Bintang muda Perancis, Paul Pogba yang dikritik susulan aksi hambarnya dalam dua perlawanan sebelum ini dilihat kembali pada tahap prestasi sebenar tetapi dua percubaannya di babak pertama sekadar menggegar palang.

Pemain tengah Perancis, Dimitri Payet yang hanya dimasukkan sebagai pemain gantian di babak kedua berpeluang menjaringkan gol buat pasukan itu tetapi rembatan volinya terkena palang.

Switzerland yang tidak pernah menewaskan Perancis dalam saingan kejohanan utama dilihat lebih kompetitif kali ini berbanding ketika mereka tewas 2-5 di tangan lawan sama dalam peringkat kumpulan Piala Dunia 2014.

ARTIKEL YANG SAMA