Switzerland intai 16 terakhir

Switzerland intai 16 terakhir

PARIS, 14 Jun (AFP) – Switzerland dan pemain yang baru ditandatangani Arsenal, Graint Xhaka memburu kemenangan kedua dalam persaingan Euro 2016 menentang pasukan Romania yang berjuang untuk selamat, esok.

Romania hampir sahaja mengecewakan Perancis dalam perlawanan pembukaan sebelum jaringan kemenangan Dimtri Payet membolehkan Perancis menang 2-1.

Pasukan Switzerland sementara itu terpaksa berjuang sebelum tandukan kencang Fabien Schaer menyelamatkan kemenangan 1-0 ke atas Albania yang beraksi dengan 10 pemain.

Schaer, pertahanan pasukan Hoffenheim yang memiliki ketinggian badan 1.86 meter (6 kaki 3 inci), meneruskan rentak penjaring bagi pasukan kebangsaan dengan aringannya Sabtu lalu adalah gol keenamnya dalam 21 kemunculan.

Granit Xhaka berlatih dalam satu sesi latihan di stadium Mosson, Montpellier pada 8 Jun lalu. – AFP
Granit Xhaka berlatih dalam satu sesi latihan di stadium Mosson, Montpellier pada 8 Jun lalu. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Kejayaan di Parc des Princes hampir memberikan Switzerland tiket pusingan 16 terakhir dari Kumpulan A, dan mereka tidak mahu menghadapi Perancis di Lille Ahad ini selepas tewas kepada Romania.

Tetapi Schaer berkata rakan sepasukannya mengambil maklum bahawa pasukan jurulatih Anghel Jordanescu itu tidak bernasib baik selepas tewas kepada Perancis.

“Kami menyaksikan Perancis menentang Romania, dan Romania menyaingi mereka dalam penguasaan permainan,” katanya. “Kami tahu kami perlu meningkatkan permainan untuk menewaskan mereka.”

Penjaga gol Yann Sommer menggesa rakan sepasukannya untuk berhati-hati. “Satu mata tidak akan mencukupi bagi kami untuk layak,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA