Switzerland kesal tindakan Arab Saudi

Switzerland kesal tindakan Arab Saudi

GENEVA, 5 Jan (Agensi) – Switzerland memanggil duta Arab Saudi untuk menyatakan rasa kesal susulan hukuman mati membabitkan 47 orang oleh Riyadh termasuk ulama terkenal Syiah, Sheikh Nimr al-Nimr.

Kenyataan Kementerian Luar menyebut, Switzerland turut menegaskan tentangan terhadap hukuman itu dan menggesa semua kerajaan di rantau ini untuk ‘mengurangkan ketegangan dan mengelak provokasi.’

Sementara itu, dalam sesi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Arab Saudi mempertahankan hukuman terbabit dengan mendakwa pesalah yang dihukum diberikan ‘peluang perbicaraan yang adil dan saksama tanpa mempersoalkan intelek, kaum atau fahaman mazhab mereka.’

Kematian Nimr mencetuskan kecaman daripada kerajaan dan kumpulan hak asasi manusia di seluruh dunia.