Switzerland kutip 3 mata penuh

Switzerland kutip 3 mata penuh

LENS, 12 Jun (AP) – Fabian Schar menjaringkan gol awal seterusnya memberikan Switzerland kemenangan 1-0 mengatasi Albania dalam Kumpulan A Kejohanan Eropah di Stade Bollaert-Delelis, Lens, awal pagi tadi.

Schar melompat untuk menyambut hantaran lintang Xherdan Shaqiri pada minit kelima.

Penjaga gol Albania, Etrit Berisha cuba menyambar hantaran berkenaan tetapi sudah terlewat.

Switzerland mendominasi babak pertama dan mendapat kelebihan selepas Albania kehilangan kapten mereka, Lorik Cana pada minit ke-37.

Perebutan bola di antara kedua-dua pasukan. – AFP
Perebutan bola di antara kedua-dua pasukan. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Pertahanan itu dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua.

Switzerland terlepas beberapa peluang terbaik apabila Berisha menafikan empat cubaan penyerang Haris Seferovic manakala cubaan Blerim Dzemaili terkena palang hasil sepakan percuma.

Tuan rumah Euro 2016, Perancis membuka saingan Kumpulan A apabila menewaskan Romania 2-1 semalam.