Switzerland perluas siastan penggubahan wang haram FIFA

Switzerland perluas siastan penggubahan wang haram FIFA

GENEVA, 13 Julai (AFP) – Jumlah transaksi yang disyaki penggubahan wang haram dikaitkan dengan bidaan Piala Dunia 2018 dan 2022 yang dimenangi oleh Rusia dan Qatar meningkat daripada 53 kepada 81, ketua jurucakap ketua pendakwa raya Switzerland, memberitahu AFP semalam.

Pihak berkuasa kehakiman Swiss telah menerima keadaan baru pengubahan wang haram yang dikatakan hampir setiap hari sejak Peguam Negara Michael Lauber mengumumkan pada 17 Jun satu permulaan 53 kes yang akan dikaji.

“Saya mengesahkan bahawa OAG (pejabat peguam negara) setakat hari ini menerima 81 laporan aktiviti yang meragukan menerusi Pejabat Laporan Penggubahan Wang Haram Switzerland (MROS),” jurucakap peguam negara, Andre Marty memberitahu AFP.

“Semua laporan berkaitan dengan penyiasatan OAG terhadap peruntukan Piala Dunia 2018 dan 2002.

Marty bagaimanapun tidak memberikan keterangan lanjut mahu pun jumlah akaun yang sudah dibekukan oleh jabatan itu yang berhubungkait dengan kejadian ini.

Pendedahan ini muncul tiga minggu selepas Lauber berkata 53 kes ‘mencurigakan’ telah dilaporkan oleh bank-bank dan ‘siasatan yang besar dan kompleks’ ke atas FIFA boleh mengambil masa berbulan-bulan jika tidak tahun.

Pegawai berkata 53 kes itu melibatkan individu dan syarikat dan setiap kes mungkin melibatkan lebih banyak transaksi.

“Kami menyedari secara positif bahawa bank-bank di Switzerland melakukan tugasan mereka untuk memfailkan laporan yang disyaki,” dia memberitahu sidang akhbar.

“Dalam tambahan kepada 104 kaitan perbankan yang sudah diketahui pihak berkuasa, pihak bank mengumumkan 53 hubungan yang disyaki melalui Rangka Kerja Anti-Penggubahan Wang Haram Switzerland,” tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA