Switzerland tangkap 15 gengster Itali

Switzerland tangkap 15 gengster Itali

GENEVA, 8 Mac (AFP) – Pihak berkuasa Switzerland telah menangkap 15 orang yang disyaki terlibat dalam persatuan jenayah ‘Ngrangheta, dan telah menahan mereka untuk diekstradisi, menurut kerajaan hari ini.

“Dituduh oleh pihak berkuasa Itali yang mereka terlibat dalam organisasi jenayah, kesemuanya telah ditangkap sejurus mendapat arahan daripada kementerian keadilan Switzerland,” menurut kementerian dalam satu kenyataan.

Kesemua 15 mereka warga Itali yang proses ekstradisi mereka telah diminta oleh Rom, menurut kenyataan itu lagi.

Seramai 12 daripada mereka telah ditahan di utara kanton Thurgau, salah sebuah kanton kejiranan Zurich dan dua di kanton selatan Valais, katanya.

Polis Itali percaya kumpulan itu – yang digambarkan mereka sebagai sindiket jenayah paling aktif, terkaya dan berkuasa di Eropah – telah menggunakan kegiatan sah di utara Itali untuk mengitar semula sejumlah wang yang dihasilkan menggunakan perniagaan dadah mereka.

Lebih 140 orang telah diarahkan untuk hadir perbicaraan pada penghujung tahun lepas kerana membantu kumpulan itu masuk ke utara, termasuk bos-bos gengster dan ahli perniagaan.

Di antara yang ditahan di Switzerland, dua sudah pun menjalani hukuman penjara enam hingga sembilan tahun yang dijatuhkan oleh mahkamah Reggio Calabria di selatan Itali, menurut kenyataan hari ini.