Switzerland tempah tiket ke Perancis

Switzerland tempah tiket ke Perancis

ST GALLEN, Switzerland, 11 Okt – Switzerland menempah tiket ke Euro 2016 dengan membelasah pasukan kerdil San Marino 7-0 di laman sendiri semalam sekali gus menduduki tempat kedua Kumpulan E dengan baki satu perlawanan.

Skuad Switzerland yang menjaringkan enam gol pada separuh masa kedua, mengumpul 18 mata hasil sembilan perlawanan dan lima mata di depan Slovenia di tangga ketiga.

Slovenia yang mempunyai peluang tipis layak secara automatik ke peringkat seterusnya terus kempunan apabila sekadar seri 1-1 dengan Lithuania.

Switzerland yang akan menamatkan aksi peringkat kumpulan di belakang pendahulu, England akan beraksi dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Estonia awal pagi Selasa.

Pasukan berkenaan pada mulanya diasak untuk bekerja keras ketika menentang San Marino selepas mendahului perlawanan apabila sepakan voli Michael Lang melepasi Aldo Simoncini dari jarak dekat pada minit ke-17.

Pesta gol bermula selepas 10 minit separuh masa kedua menerusi jaringan penalti Goekhan Inler m-55 disusuli Admir Mehmedi (m-65), Johan Djourou (m-72), Pajtim Kasami (m-75), Breel Embolo (m-80) dan Eren Derdiyok (m-89). – Reuters

Pemain hadapan Switzerland, Breel Embolo (tengah) bersaing mendapatkan bola dengan pemain midfield San Marino, Davide Cesarini pada perlawanan Kumpulan E Euro 2016 di AFG Arenas di  St Gallen. – AFP
Pemain hadapan Switzerland, Breel Embolo (tengah) bersaing mendapatkan bola dengan pemain midfield San Marino, Davide Cesarini pada perlawanan Kumpulan E Euro 2016 di AFG Arenas di St Gallen. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA