Syababul Iman anjur forum Hari Kebangsaan

Syababul Iman anjur forum Hari Kebangsaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mac – Kumpulan Syababul Iman, iaitu kumpulan Belia Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong akan menganjurkan Majlis Forum sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-31 pada Ahad ini (13 Mac), jam 1.30 petang bertempat di masjid berkenaan.

Forum bertajuk ‘Menuju Satu Impian: Generasi Berwawasan’ itu akan menampilkan barisan ahli panel terdiri daripada Dayangku Norhayati binti Pengiran Haji Mohd Kasran, Awang Isyam bin Ismail dan Awang Mohd Yussof bin Haji Abdul Majid.

Menurut kenyataan penganjur, antara objektif forum ialah untuk memberikan kefahaman pada masyarakat akan pentingnya mendidik belia remaja yang mempunyai wawasan, memberikan bimbingan dan inspirasi kepada belia remaja sebagai aset negara serta perlunya peka dengan cabaran dan pengaruh zaman moden dalam melahirkan belia berwawasan.

ARTIKEL YANG SAMA