Syabas Lembaga Bandaran

Syabas Lembaga Bandaran

TERIMA kasih dan syabas kepada Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan kerana telah mengambil inisiatif dengan memberikan nama-nama khas kepada beberapa nama jalan yang mengelirukan, memberikan nama-nama khas kepada pusing keliling dan jejambat yang mana perkara ini adalah tindakan mulia dan tepat pada masanya.

Ini kerana ia akan memudahkan dan memberikan panduan yang cepat dan segera kepada orang ramai dan pemandu, lebih-lebih lagi semasa kecemasan.

Dari itu pihak Jabatan Daerah dan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Jabatan Bandaran Tutong hendaklah mengikut jejak langkah yang mulia dan berkesan ini seperti mana yang dilakukan oleh Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan.

Daerah Belait setahu saya adalah daerah yang paling banyak mempunyai pusing keliling, lebih-lebih lagi di Jalan Singa Menteri.

Di Daerah Belait juga terletaknya pusing keliling yang tertua di Negara Brunei Darussalam iaitu pusing keliling di Jalan Maulana Batu, berdekatan dengan Istana Kota Menggela.

Pusing keliling tersebut dibina oleh BSP pada tahun 50-an dan pada masa itu saya berumur lapan tahun.

Saya ingin menyarankan agar pusing keling tersebut diberi nama Pusing Keliling Pertama kerana inilah pusing keliling yang pertama diperkenalkan dan dibina di Negeri Brunei (kini NBD)

Awang Liyah, Jalan Tutong

ARTIKEL YANG SAMA