Syarahan Dewan Al-Amir UIM

Syarahan Dewan Al-Amir UIM

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Nov – Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin (atas kiri) telah berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam ke Universiti Islam Malaysia (UIM) pagi tadi atas undangan Presiden UIM, Tan Sri Prof. Mohd Yusof Nor bagi menyampaikan syarahan bertajuk ‘Institusi Beraja Brunei dan Islam’.

Syarahan yang akan disampaikan antara lain ialah menyentuh mengenai sejarah Kesultanan Brunei, perlembagaan Negeri Brunei 1959 dan 2014, sistem pemerintahan negara, adat-istiadat dan kebudayaan Melayu.

UIM sedang menjalankan kegiatan ilmiah antaranya ‘Syarahan Dewan Al-Amir’ bagi memberi peluang kepada tokoh-tokoh jemputan khas membicarakan perkara-perkara tertentu mengenai politik dan pentadbiran Negara.

Siri syarahan khas Dewan Al-Amir diadakan khusus untuk para jemputan khas yang terdiri daripada kerabat diraja.

ARTIKEL YANG SAMA