Syarikat baru ASEAN dipelawa sertai RBSA

Syarikat baru ASEAN dipelawa sertai RBSA

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) – Semua syarikat permulaan dari ASEAN yang ditubuhkan dalam tempoh lima tahun, dipelawa menyertai Anugerah Syarikat Permulaan Rice Bowl (RBSA) 2016.

Pengerusi Yayasan Usahawan Baharu (myNEF) Ashran Ghazi berkata anugerah itu bermatlamat meningkatkan ketampakan rantau ini sebagai hab global yang cergas bagi inovasi serta meraikan ekosistem permulaan yang penting dalam memacu kemajuan.

“Sejak awal lagi, matlamat kami ialah untuk meraikan kebangkitan bintang keusahawanan di seluruh Asia Tenggara dan kejayaan RBSA 2015, kami bangga menjadi sebahagian daripada inisiatif yang lebih besar ini,” katanya.

Ashran berkata anugerah ini yang memasuki edisi keduanya, akan membuka pencalonan mulai 25 Feb hingga 25 Mac, manakala proses penghakiman dijangkakan bermula pada 21 April hingga 21 Mei sebaik pencalonan akhir disenarai pendek.

ARTIKEL YANG SAMA