Syarikat BMC anjur ceramah Awal Tahun Hijrah

Syarikat BMC anjur ceramah Awal Tahun Hijrah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 2 Nov – Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd (BMC) telah mengadakan ceramah agama bersempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 berlangsung di bangunan pentadbiran syarikat itu, di Taman Perindustrian Sungai Liang (SPARK), di sini, hari ini.

Menghadiri majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat BMC, Awang Daud bin Haji Jais, pegawai-pegawai dan kakitangan syarikat tersebut.

Ceramah telah disampaikan oleh penceramah undangan dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Hilmi Bukhari bin Haji Yussof yang telah menyentuh tentang takrif istilah Hijrah dan faedah daripada melakukan amal-amal yang baik kepada orang lain.

Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti bacaan Surah Al-Jin dan terjemahannya oleh salah seorang pegawai teknik BMC, Awang Muhd Alif Akmal Anbarie bin Mahmod dan disudahi dengan bacaan doa selamat.

Antara kakitangan Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd yang menghadiri Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437.
Antara kakitangan Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd yang menghadiri Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437.

ARTIKEL YANG SAMA