Syarikat China bina stadium Piala Dunia

Syarikat China bina stadium Piala Dunia

DOHA, 29 Nov – Syarikat pembinaan yang dimiliki China akan membangunkan stadium terakhir Piala Dunia Qatar 2022 dalam usaha sama, kata penganjur Piala Dunia Qatar semalam.

China Railway Construction Corporation Limited dan kontraktor Qatar, HBK Contracting Co. W.L.L telah memenangi proses bidaan untuk membangunkan stadium yang direka oleh arkitek dari British yang memenangi anugerah, Norman Foster, kata Jawatankuasa Tertinggi Qatar bagi Penyerahan dan Legasi.

Tempat itu, yang akan menghoskan Piala Dunia 2022, akan dibina di Lusail City 20km (12 batu) ke utara Doha, kata jawatankuasa.

“Kami merasa gembira untuk menganugerahkan kontrak utama bagi Lusail Stadium kepada HBK dan CRCC sebagai usaha sama,” kata setiausaha agung jawatankuasa, Hassan Al Thawadi.

“Stadium Lusail akan menjadi hiasan tengah bagi perlawanan kami pada tahun 2022, dan selepas perlawanan akan menjadi sebahagian dari komuniti di Lusail City dalam fasa legasi,” tambahnya. – AFP