Syarikat China miliki Inter Milan

Syarikat China miliki Inter Milan

ROM, 6 Jun – Syarikat perniagaan gergasi China, Suning Commerce Group mengumumkan pengambilalihan sejumlah besar saham di kelab bola sepak Itali, Inter Milan hari ini di ibu pejabatnya di Nanjing, menurut laporan media Itali.

Perjanjian itu melihat kumpulan yang dimiliki oleh Zhang Jindong membeli di antara 60 peratus dan 70 peratus kelab Serie A itu, yang dinilai antara 600 juta euro (680 juta dolar) dan 700 juta euro.

Saham-saham selebihnya akan kekal di tangan ahli perniagaan media Indonesia, Erick Thohir, yang telah memiliki kelab Nerazzurri itu sejak November 2013. Pendahulunya Massimo Moratti dijangka akan menjual 30 peratus saham yang dimilikinya ketika ini. – dpa

Presiden Inter Milan, Erick Thohir menyampaikan taklimat ketika sidang media Pengambilalihan Suning ke atas kelab tersebut di Nanjing, China. - AFP
Presiden Inter Milan, Erick Thohir menyampaikan taklimat ketika sidang media Pengambilalihan Suning ke atas kelab tersebut di Nanjing, China. – AFP