Syarikat dagangan China bakal beli Inter Milan

Syarikat dagangan China bakal beli Inter Milan

ROM, 1 Jun – Gergasi barang dagangan China, Suning dilihat menghampiri untuk menguasai pasukan gergasi Serie A, Inter Milan, agensi berita ANSA melaporkan lewat semalam.

Suning Commerce Group dan presiden Inter, Erick Thohir dikatakan telah mengadakan perundingan sejak beberapa bulan mengenai pertukaran sehingga 70 peratus saham kelab itu kepada syarikat dari China itu pada akhir bulan Jun. Inter bernilai sekitar 700 juta euro (778.5 juta dolar).

Syarikat China dijangka akan membeli saham kelab Inter Milan sekali gus menjadi pemegang saham terbesar kelab tersebut. – AFP
Syarikat China dijangka akan membeli saham kelab Inter Milan sekali gus menjadi pemegang saham terbesar kelab tersebut. – AFP

Persetujuan itu akan menyaksikan Thohir, seorang ahli perniagaan media Indonesia, yang mendapatkan Inter dari Massimo Moratti pada November 2013, mengekalkan jawatan presiden.

Suning bermula sebagai perniagaan bersaiz kecil pada 1990 dan berkembang menjadi salah sebuah syarikat swasta terbaik China, mengembangkan minatnya kepad hartanah, hiburan dan kewangan.

Kumpulan itu sudah memiliki kelab terbaik China, Jiangsu Suning.

Inter telah melalui musim yang tidak menentu selepas memenangi lima gelaran domestik berturut-turut dari 2006 sehingga 2010. Mereka mencatatkan sejarah dengan memenangi tiga kejayaan, dengan Liga Juara-Juara ditambah kepada gelaran Itali dan Piala pada 2010. pada 2015-16 mereka menamatkan tempat keempat, tempat terbaik mereka dalam tempoh lima musim lalu.

AC Milan juga dalam perbincangan bersama usahawan dari China, dengan pemilik Silvio Berlusconi dilihat menjual sekitar 70 peratus dari saham.

Perbincangan bagaimana pun, dilihat akan meletakkan berulang kali sejak beberapa bulan ketika berbagai pelabur–pelabur dari China untuk menghimpunkan perolehan kelab itu.

Pasukan Rossoneri, yang memenangi tujuh kejuaraan kelab Eropah, kali terakhir mencatatkan kemenangan dalam liga Itali pada 2011.

Mereka berada di tangga ketujuh, 10 dan ke lapan dalam tiga musim lalu, gagal untuk layak bagi sebarang perlawanan benua. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA