Syarikat didenda gagal kemuka cukai pendapatan

Syarikat didenda gagal kemuka cukai pendapatan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160907_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $2,500 ke atas sebuah syarikat yang gagal untuk mengemukakan penyata tahunannya ke Seksyen Pendapatan Kementerian Kewangan.

Wakil syarikat mengaku bersalah di hadapan Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli kerana gagal mengemukakan cukai pendapatan syarikatnya yang berakhir pada 31 Disember 2010 sehingga 31 Disember 2014. Syarikat itu diberi tempoh dua bulan untuk membayar denda itu, dan jika gagal kesemua aset milik syarikat akan dirampas oleh kerajaan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Emily Goh.

ARTIKEL YANG SAMA