Syarikat gergasi Hanjin Shipping alami krisis perkapalan

Syarikat gergasi Hanjin Shipping alami krisis perkapalan

SEOUL, 2 Sept – Syarikat gergasi Korea Selatan Hanjin Shipping berkata hari ini mengenai satu pertiga daripada armada kargonya, kira-kira empat puluh buah kapal, telah terkandas di laut atau telahpun dirampas di pelabuhan, tatkala industri itu jatuh bangun selepas memfail kemuflisan terbesar.

Pada Rabu, Hanjin Shipping, syarikat perkapalan terbesar di Korea Selatan dan ketujuh terbesar di dunia, memfail perlindungan mahkamah selepas pemiutangnya, dipimpin oleh Bank Pembangunan Korea (KDB), menolak skimnya.

Syarikat itu sedang dibelenggu hutang dianggarkan berjumlah kira-kira enam trillion won, mencatat kerugian bersih berjumlah lebih daripada 473 bilion won dalam separuh tahun pertama tahun ini setelah mencatat jumlah kerugian bersih sebanyak kira-kira 1.2 trilion won dalam tempoh tiga tahun lalu.

Kapal kontena Hanjin Montevideo meninggalkan Terminal Hanjin dan Pelabuhan Long Beach di Long Beach, California, Rabu lalu. - AP
Kapal kontena Hanjin Montevideo meninggalkan Terminal Hanjin dan Pelabuhan Long Beach di Long Beach, California, Rabu lalu. – AP

Krisis itu menjejas teruk industri perkapalan antarabangsa, mengalami kemelesetan paling teruk dalam enam dekad, dan meninggalkan kesan dalam ekonomi AS, dengan peruncit bimbang ia mungkin merosakkan perniagaan pada Krismas.

Sejak bulan lalu, kapal, kelasi dan kargo Hanjin telah terbabit dalam masalah maritim tatkala pelabuhan, bimbang mereka tidak akan dibayar untuk perkhidmatan mereka, enggan membenarkan mereka berlabuh, serta enggan mengendali kargo percuma yang telahpun mendarat.

Turut terjejas adalah kapal yang bukan milik Hanjin tetapi dikontrak olehnya atau milik anggota gabungannya, serta kargo dan kontena yang berada dalam kapal berkenaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA