Syarikat gergasi logam Rusia akui kebocoran

Syarikat gergasi logam Rusia akui kebocoran

MOSCOW, 13 Sept – Syarikat logam Rusia Norilsk Nickel semalam mengaku satu kebocoran di salah sebuah kilangnya bertanggungjawab menukar sebatang sungai tempatan menjadi merah.

Kementerian alam sekitar Rusia pada minggu lalu melancarkan satu siasatan dalam kejadian itu selepas gambar menunjukkan sungai Daldykan berhampiran Norilsk di utara Rusia mengalir merah cerah, dengan aktivis tempatan menyalahkan Kilang Nadezhda Mellaurgical yang terletak berhampiran.

Enggan mengesahkan kebocoran pada mulanya, Norilsk Nickel – pengeluar nikel dan paladium terbesar di dunia – semalam berkata hujan lebat pada 5 September telah menyebabkan air membanjiri “empangan penyerapan” di kilang dan sungai.

Aktivis alam sekitar menegaskan masih terlalu awal untuk menilai kesan alam sekitar tatkala siasatan rasmi masih diteruskan.

Kiselyov berkata menyiasat pencemaran daripada kilang Norilsk Nickel adalah amat sukar kerana infrastrukturnya terletak di kawasan terpencil dan firma itu mengawal kemasukan ke seluruh semenanjung Taymyr, yang terletak di antara laut Kara dan Laptev di Artik Rusia.

Kumpulan yang mewakili penduduk asli di kawasan itu berkata media tempatan berusaha sedaya upaya untuk menutup keburukan syarikat dan tidak memberitahu orang awam selepas kejadian itu.

“Kami mempunyai satu laporan selepas ia berlaku yang mendakwa warna sungai datang secara semula jadi daripada tanah liat.

Ia tidak masuk akal dan tidak diterima oleh penduduk tempatan,” kata Sidor Chuprin, aktivis penduduk asli.

Beliau menuduh pekerja Norilsk Nickel mempunyai standard keselamatan yang lemah dan berkata penduduk tempatan berasa bimbang dengan sungai Daldykan disebabkan mereka menangkap ikan di sebatang sungai lain di kawasan hilir. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA