Syarikat hartanah Filipina anjur seminar 25 Nov ini

Syarikat hartanah Filipina anjur seminar 25 Nov ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Nov – Nolvonne Brunei, cawangan syarikat hartanah terkenal di Filipina, Nolvonne Realty & Management Inc., akan mengadakan seminar ‘Kenapa Melabur di Filipina?’ pada 25 November ini di Restoran I-Lotus, Rimba, Gadong.

Seminar ini akan memberi peluang kepada para tetamu yang hadir untuk mendapatkan maklumat yang dapat membantu mereka membuat keputusan bijak membuat pelaburan di negara itu.

Pendaftaran bagi seminar itu dibuka pukul 6 petang dan seminar akan dijalankan dari pukul 7 malam hingga 9 malam.

Pemilik Nolvonne berkelahiran Brunei, Raymond Foo turut memberitahu bahawa mereka yang hadir awal bagi pendaftaran akan layak menyertai cabutan bertuah yang menawarkan pakej pelancongan ke Manila.

Menurut beliau lagi, pihak mereka akan mendatangkan wakil-wakil mereka yang pakar dalam hartanah dari Filipina untuk menjawab sebarang soalan daripada para peserta.

“Kami mahu memastikan pelanggan kami tenang fikiran sebelum membuat sebarang keputusan. Paling penting, kami di sini untuk membantu mereka dan memudahkan mereka untuk melabur dalam hartanah idaman,” tambah beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya, majlis itu nanti juga akan berfungsi sebagai pelancaran awal kehadiran fizikal Nolvonne di Brunei dengan pejabat barunya di No.1, Blok B, Simpang 141-12, Kampung Telanai, yang dijadualkan dirasmikan pada 5 Disember 2015.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat untuk menghadiri seminar berkenaan boleh mendaftarkan nama, nombor telefon dan e-mel di laman sesawang www.nolvonne.com atau e-mel kepada raymond@nolvonne.com atau raymond_foo2@msn.com atau pun menghantar pesanan ringkas ke talian +1780-862-4788.

ARTIKEL YANG SAMA