Syarikat insurans kesihatan AS subsidi jam tangan Apple

Syarikat insurans kesihatan AS subsidi jam tangan Apple

SAN FRANCISCO, 28 Sept – Syarikat insurans kesihatan AS berkata pada Isnin ia akan membantu membeli jam tangan pintar Apple untuk pelanggan sebagai sebahagian daripada tindakan untuk menyepadukan gajet dalam program pengurusan kesihatan.

Aetna mengumumkan bahawa, dalam tempoh pendaftaran terbuka akan datang, ia akan menjadikan pembelian Jam Tangan Apple satu opsyen untuk majikan besar dan pelanggan individu, menjadi syarikat penjagaan kesihatan pertama yang memberi ‘sejumlah besar’ kos subsidi untuk Apple Watch.

Aetna akan membenarkan orang membayar baki pembelian Jam Tangan Apple menggunakan pelan potongan gaji bulanan jika mereka mahu.

Aetna menjadi syarikat penjagaan kesihatan pertama yang memberi ‘sejumlah besar’ kos subsidi untuk Apple Watch. – AFP
Aetna menjadi syarikat penjagaan kesihatan pertama yang memberi ‘sejumlah besar’ kos subsidi untuk Apple Watch. – AFP

Aetna menggambarkan dirinya sebagai salah sebuah syarikat faedah penjagaan kesihatan yang terkenal di negara, memberi khidmat kepada kira-kira 46.3 juta orang.

Selain daripada program pelanggan, Aetna berkata ia merancang memberikan setiap daripada 50,000 pekerjanya seutas Jam Tangan Apple jika mereka mengambil bahagian dalam program kesihatan syarikat yang menggabungkan jam tangan yang mempunyai sambungan internet. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA