Syarikat ITPSS rai Aidilfitri & hulur derma

Syarikat ITPSS rai Aidilfitri & hulur derma

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Syarikat IT Protective Security Services Sdn Bhd (ITPSS) turut tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi kakitangannya yang berlangsung di Dewan Bankuet Jupiter, Star Lodge Hotel, Jerudong, hari ini.

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada kakitangan yang telah berkhidmat lebih lima tahun dan sumbangan derma kepada tetamu khas yang terdiri daripada anak-anak yatim dan orang-orang yang kurang berkemampuan.

Penyampaian cenderahati kepada Awang Mohammad Zeremy bin Mohd Wazery, Awang Mohammad Rizal bin Ibrahim dan Dayang Norazliana binti Haji Mohd Azahari yang telah berkhidmat selama lima tahun di syarikat itu, disampaikan oleh ahli Lembaga Pengarah ITPSS, Sdn Bhd, Haji Sufian bin Haji Sabtu.

Sementara itu sumbangan derma kepada seramai 17 anak yatim dan orang-orang yang kurang berkemampuan, masing-masing telah disampaikan oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah, Awang Mohd Zalani bin Haji Ismail dan Pengiran Haji Mohd Ariffin bin Pengiran Haji Ismail.

Salah seorang anak yatim yang menerima sumbangan di majlis tersebut.
Salah seorang anak yatim yang menerima sumbangan di majlis tersebut.
Salah seorang warga ITPSS yang berkhidmat selama lebih 5 tahun.
Salah seorang warga ITPSS yang berkhidmat selama lebih 5 tahun.
Antara tetamu yang hadir di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ITPSS.
Antara tetamu yang hadir di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ITPSS.

Terdahulu, majlis mendengarkan ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat ITPSS Sdn Bhd, Awang Shamsul Bahri bin Haji Khamis yang dibacakan oleh Pegawai Operasi, Dayang Siti Rosinah binti Haji Abdul Razak selaku pengerusi majlis, yang antara lain menekankan supaya warga kerja syarikat berkenaan untuk bersikap dan menjalankan tugas secara matang, bertanggungjawab dan penuh dedikasi bagi mengekalkan dan memastikan kejayaan ITPSS.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan menikmati hidangan sambil beramah mesra sesama warga ITPSS Sdn Bhd dan dimeriahkan lagi dengan sesi bergambar di pondok gambar yang disediakan.

ARTIKEL YANG SAMA