Syarikat kejuruteraan bebas pertuduhan

Syarikat kejuruteraan bebas pertuduhan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Nov – Mahkamah Majistret, hari ini, membebaskan sebuah syarikat kejuruteraan daripada pertuduhan menggunakan dokumen palsu ketika berurusan dengan kerajaan Brunei, selepas menerima notis ‘hentikan dakwaan’ dari Pejabat Peguam Negara.

Syarikat itu didakwa menggunakan dokumen palsu pada April dan Mei 2009, kononnya ditandatangani oleh Pengurus Besar Petitjean dari United Kingdom.

pg06_151113_mahkamah logo2

Peguam Bela, Roy Prabhakaran yang mewakili syarikat itu telah menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk memohon bagi ‘pembebasan’ pelanggannya yang mana ia turut dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farhanah binti Pehin Dato Haji Suhaili, yang memasukkan ‘hentikan dakwaan’ terhadap kes itu.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Awang Badaruddin membebaskan syarikat itu daripada pertuduhan.

ARTIKEL YANG SAMA