Syarikat Mashhor anjur taklimat perangi rasuah

Syarikat Mashhor anjur taklimat perangi rasuah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 19 Nov – Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd (MGCSB) telah menganjurkan Taklimat Memerangi Rasuah yang diadakan di bilik mesyuarat ibu pejabat syarikat itu, di sini, hari ini.

Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Korporat MGCSB, Haji Osman bin Haji Omar, Pengurus Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (HSSE) MGCSB, Awang Mohd Rizal bin Dr. Haji Abdul Latif serta pengurus-pengurus kanan, pegawai eksekutif dan lainnya.

Taklimat yang diadakan sempena Forum Bulanan QHSSE itu turut mengundang Pegawai Penyiasat Khas Kanan Biro Pencegah Rasuah, Haji Muhammad Hisham bin Haji Sulaiman bagi menyampaikan taklimat mengenai peranan sektor swasta dalam memerangi rasuah dan meningkatkan kesedaran mengenai gejala tersebut dalam kalangan pegawai dan kakitangan MGCSB.

Antara warga Syarikat Mashhor bersama pegawai BMR bergambar ramai semasa Taklimat Memerangi Rasuah.
Antara warga Syarikat Mashhor bersama pegawai BMR bergambar ramai semasa Taklimat Memerangi Rasuah.

Majlis seumpamanya merupakan kali kedua ia diadakan di syarikat tersebut, dan kali pertama di ibu pejabat mereka di Berakas yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mashhor Waste Management, Malai Shamil Faris bin Haji Malai Abdul Hamid selain pegawai-pegawai dan kakitangan syarikat yang berpusat di Daerah Brunei Muara.

ARTIKEL YANG SAMA