Syarikat Mashhor serah zakat harta

Syarikat Mashhor serah zakat harta

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 8 Julai – Seperti juga tahun-tahun yang lalu, pada tahun ini, Syarikat Mashhor Sdn Bhd sekali lagi berpeluang menunaikan salah satu daripada rukun Islam, iaitu membayar zakat perniagaan/harta bagi memenuhi syarat-syaratnya.

Sehubungan dengan itu, penyerahan zakat perniagaan/harta tersebut telah disempurnakan penyerahannya oleh Pengarah Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd, Haji Malai Abdul Hamid bin Haji Malai Mashhor, pada majlis yang diadakan di Pejabat Hal Ehwal Ugama di sini.

Turut hadir menyaksikan penyerahan zakat tersebut ialah Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Hajah Sharifah Mariam binti Malai Haji Mashhor dan Penolong Pengarah Hal Ehwal Korporat, Haji Osman bin Haji Omar serta beberapa orang kakitangan syarikat berekaan.

“Kami bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala ke-rana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kami berpeluang untuk menunaikan suruhanNya dan menikmati segala ganjaran yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala,” kata Haji Malai Abdul Hamid.

Antara yang hadir sama semasa Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan/Harta Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd.
Antara yang hadir sama semasa Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan/Harta Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd.

ARTIKEL YANG SAMA