Syarikat Pemasaran Sahajidah Hai O adakan Majlis Iftar

Syarikat Pemasaran Sahajidah Hai O adakan Majlis Iftar

Oleh Surianti

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Syarikat Pemasaran Sahajidah Hai O, baru-baru ini, telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama para pengedar Kelab Diamond, di Hotel Rizqun, di ibu negara.

Hadir sama di majlis itu ialah Pengurus Besar Sahajidah Hai O, Awang Teoh Nee Siang.

Awang Teoh yang turut menyampaikan ucapan alu-aluannya di majlis yang pertama kali diadakan itu, berharap agar para pengedar dari Kelab Diamond akan melahirkan ramai lagi usahawan berjaya sejak syarikat itu membuka cawangannya di Brunei pada April lalu.

Majlis pada hari itu juga diselajurkan dengan penerangan mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan termasuk Majlis Penganugerahan untuk para pengedar yang akan diadakan pada Oktober nanti.

Awang Teoh Nee Siang (5 kanan) bergambar ramai bersama para pengedar Kelab Diamond di Majlis Berbuka Puasa baru-baru ini.
Awang Teoh Nee Siang (5 kanan) bergambar ramai bersama para pengedar Kelab Diamond di Majlis Berbuka Puasa baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA