Syarikat penerbangan Jepun metrai perjanjian 1 billion dolar

Syarikat penerbangan Jepun metrai perjanjian 1 billion dolar

TOKYO, 1 Jan (AFP) – Syarikat penerbangan Jepun All Nippon Airways akan membeli tiga pesawat udara Airbus A380 dalam satu perjanjian bernilai satu billion dolar, kata akhbar perniagaan Nikkei hari ini, menjadikannya syarikat penerbangan Jepun pertama yang memiliki jet superjumbo itu.

Syarikat penerbangan Jepun merancang memperkenalkan kapal terbang itu dalam penerbangan ke Hawaii dan destinasi luar negara lain, dalam satu usaha untuk meransang perniagaan antarabangsanya.

Syarikat itu membayar kira-kira 150 bilion yen untuk tiga buah kapal terbang A380, yang mempunyai 500 tempat duduk, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang ada dalam kapal terbang ANA yang buat masa sekarang terbang ke Hawaii, kata akhbar perniagaan itu.

Pada 2014, ANA mendahului pesaingnya Japan Airlines (JAL) dari segi jumlah penumpang dalam penerbangan antarabangsa, tetapi JAL memberi khidmat kepada lebih ramai orang dalam penerbangan Tokyo ke Hawaii, 35 peratus daripada kesemua penumpang yang terbang ke Hawaii berbanding dengan 20 peratus untuk ANA.

ANA berharap pembelian jet superjumbo itu akan memberikannya satu kelebihan dan membenarnya menambah jumlah orang yang dibawanya dalam penerbangan ke Hawaii.

Kira-kira 1.5 juta orang berkunjung dari Jepun ke Hawaii setiap tahun, menurut Pihak Berkuasa Pelancongan Hawaii. Pesaing domestik ANA Skymark Airlines menandatangani satu kontrak dengan Airbus pada 2011 untuk membeli enam jet A380, tetapi pengeluar superjumbo itu membatal tempahan berjumlah $2.2 bilion pada Julai 2014, jelasnya disebabkan kebimbangan ia tidak akan dibayar.