Syarikat penerbangan NZ catat keuntungan

Syarikat penerbangan NZ catat keuntungan

WELLINGTON, 26 Ogos – Syarikat penerbangan New Zealand mengumumkan hasil keuntungan yang mencatat rekod sebanyak NZ$463 juta (AS338.01 juta) selepas cukai, meningkat 42 peratus, daripada keuntungan daripada ledakan sektor pelancongan yang memberangsangkan.

Ia adalah “hasil terbaik yang pernah dicapai” dalam sejarah 76 tahun syarikat penerbangan negara New Zealand, kata Ketua Eksekutif Christopher Luxon.

Keuntungan sebelum cukai bagi tahun ini sehingga 30 Jun berjumlah rekod NZ$663 juta, meningkat 40 peratus, dengan pendapatan jumlah penumpang meningkat 8.9 peratus kepada NZ$4.5 billion.

Rekod bilangan pelancong yang datang ke New Zealand mencatatkan sebanyak 3.31 juta tahun ini sehingga 30 Jun, meningkat 11 peratus pada tahun sebelumnya.

Luxon yakin pada masa akan datang, syarikat itu akan meningkatkan saingannya lebih baik kepada syarikat penerbangan yang lain. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA