Syarikat penggodam digodam

Syarikat penggodam digodam

LONDON, 7 Julai (Agensi) – Sebuah firma pengawasan Itali yang terkenal dengan menjual perisian berniat jahat yang digunakan oleh badan-badan polis dan agensi-agensi pengintipan tunduk kepada serangan siber, menurut jurucakap firma itu semalam, dengan mengesahkan pencerobohan mengaibkan yang menjejaskan dokumen dan invois di seluruh internet.

Jurucakap pasukan penggodaman, Eric Rabe berkata dalam kenyataan bertulis bahawa syarikat itu adalah mangsa ‘serangan online’.

“Kami percaya dokumen-dokumen telah dicuri dari syarikat itu,” katanya. “Kami sedang menyiasat untuk memastikan takat serangan ini dan khususnya apa yang telah diambil.”

Kebingungan pasukan penggodaman ini bermula lewat Ahad lalu, apabila akaunnya iaitu akaun Twitter telah digodam dan mula mengeluarkan gambar yang diambil dari gajet yang dimaksudkan e-mel dalaman syarikat dan butiran perjanjian sulit dengan pelbagai kerajaan dunia.

“Memandangkan tidak ada apa yang hendak disembunyikan, kami menyiarkan semua e-mel kami, dan kod sumber” menurut salah satu mesej di Twitter. Pada waktu yang sama fail bersaiz besar, beberapa ratus gigabyte telah dibocorkan di online.

Agensi tidak dapat mengesahkan keaslian bahan yang dibocorkan dan Rabe enggan mengulas ketepatan dokumen itu, dengan menyebutkan perjanjian sulit.

Masih, beberapa rekod bil dikongsikan di online nampaknya menyokong kerja Citizen Lab, sebuah kumpulan penyelidik di Munk School, Hal Ehwal Sejagat, di Universiti Toronto, yang mempunyai kaitan dengan Pasukan Penggodaman, dengan dua puluh empat buah negara, termasuklah beberapa yang mempunyai rekod kejam hak kemanusiaan.

ARTIKEL YANG SAMA