Syarikat Rennah Services bantu 17 keluarga

Syarikat Rennah Services bantu 17 keluarga

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 1 Julai – Seramai 17 orang daripada dalam kalangan keluarga yang memerlukan di kawasan Kampung Sungai Teraban, di sini, telah menerima sumbangan bersempena bulan Ramadan daripada Syarikat Rennah Services Sdn Bhd hari ini.

Seramai 14 orang kakitangan syarikat berkenaan yang bercawangan di Daerah Belait, menyertai rombongan mengunjungi rumah-rumah penerima untuk menyerahkan sumbangan berbentuk keperluan asasi, dalam keadaan hujan pagi tadi.

Para penerima terdiri daripada 10 orang di Kampung Sungai Teraban, dan selebihnya di kawasan Kampung Pandan A serta Kampung Pandan B.

Syarikat tersebut menyasarkan kalangan warga emas di kawasan Kampung Sungai Teraban dan Kampung Pandan yang pada masa ini tinggal di rumah yang dalam keadaan daif, dan sebahagian daripada rumah penerima tidak dapat dikunjungi menggunakan kenderaan, yang mana rombongan berjalan kaki untuk menyampaikan sumbangan berkenaan.

Rombongan dari Syarikat Rennah Services Sdn Bhd semasa menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga di Kampung Sungai Teraban.
Rombongan dari Syarikat Rennah Services Sdn Bhd semasa menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga di Kampung Sungai Teraban.

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pengarah Syarikat Rennah Services, Alan Wong dan Pengarah Sumber Manusia, Dayang Masenah binti Haji Mohammad.

Semasa penyampaian di Kampung Sungai Teraban, rombongan turut disertai oleh Ketua Kampung Sungai Teraban, Awang Mohd Mersidi bin Haji Mohd Shara.

Menurut Dayang Masenah, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan syarikat tersebut dan juga untuk membantu meringankan beban masyarakat yang memerlukan.

ARTIKEL YANG SAMA