Syarikat Sagaria dirasmi

Syarikat Sagaria dirasmi

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Syarikat Sagaria Sdn Bhd yang dikenali sebagai syarikat pembuat bekas telur, hari ini, dirasmikan dalam satu majlis pembukaan besar-besaran yang diadakan di Lot P38, Salambigar Industrial Park, di sini.

Hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian itu ialah Pengarah Urusan Syarikat Sagaria Sdn Bhd, Ting Kah Ong; Rakan Kongsi Tempatan syarikat itu, Yong Ching Eng dan Pengarah Tempatan syarikat berkenaan, Haji Mahmud bin Dollah berserta isteri.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan sesi taklimat mengenai latar belakang syarikat berkenaan.

Ting Kah Ong dalam ucapannya melahirkan rasa syukur dan gembira terhadap kejayaan yang telah dicapai syarikat berkenaan dan dengan adanya majlis pembukaan ini, beliau berharap akan dapat menghasilkan bekas telur yang berkualiti.

Ting Kah Ong, Yong Ching Eng dan Haji Mahmud berserta isteri ketika menyempurnakan perasmian Syarikat Sagaria Sdn Bhd itu.
Ting Kah Ong, Yong Ching Eng dan Haji Mahmud berserta isteri ketika menyempurnakan perasmian Syarikat Sagaria Sdn Bhd itu.
Ting Kah Ong bergambar ramai bersama rakan kongsi dan warga syarikat berkenaan.
Ting Kah Ong bergambar ramai bersama rakan kongsi dan warga syarikat berkenaan.
Kilang Syarikat Sagaria Sdn Bhd yang dirasmikan pembukaannya kelmarin.
Kilang Syarikat Sagaria Sdn Bhd yang dirasmikan pembukaannya kelmarin.

Syarikat berkenaan boleh menghasilkan 40,000 keping bekas telur dalam masa sehari iaitu sekitar 5,000 keping bekas telur dalam jangka masa satu jam yang beroperasi selama lapan jam sehari.

Pembuatan bekas telur ini dihasilkan dengan kotak-kotak yang dikitar semula dan kemudian akan diproses dengan menggunakan mesin khas.

Majlis diakhiri dengan lawatan para jemputan ke kilang syarikat untuk menyaksikan lebih dekat lagi kerja-kerja penghasilan.

ARTIKEL YANG SAMA