Syarikat sawit penting bangunkan tenaga boleh baharu

Syarikat sawit penting bangunkan tenaga boleh baharu

KOTA KINABALU, 28 Mac (Bernama) – Syarikat-syarikat sawit boleh memainkan peranan penting dalam membangunkan tenaga boleh diperbaharui, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata biomass yang dihasilkan syarikat-syarikat berkenaan boleh digunakan untuk menjana elektrik.

“Mengapa tidak syarikat-syarikat ini menubuhkan loji kuasa mereka sendiri. Mereka juga boleh membantu usaha negara membekalkan elektrik, sekurang-kurangnya ke kawasan sekitar ladang kelapa sawit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai perubahan iklim dan pembangunan masyarakat di sini hari ini.

Masidi berkata syarikat-syarikat kelapa sawit harus melihat pembangunan tenaga boleh diperbaharui sebagai perniagaan menguntungkan dan juga baik kepada alam sekitar.

ARTIKEL YANG SAMA