Syarikat Serikandi hulur sumbangan

Syarikat Serikandi hulur sumbangan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 5 Jun – Bersempena ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak tidak lama lagi, Kumpulan Anak-Anak Syarikat Serikandi Oilfield Services Sdn Bhd telah menyumbangkan air mineral dan buah kurma bagi 13 buah masjid dan dua buah surau di daerah ini.

Penyerahan sumbangan kepada wakil-wakil masjid dan surau berkenaan telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di Kafe dan Restoran Serikandi, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Serikandi, Shaikh Khalid bin Shaikh Ahmad.

Sejumlah 750 kotak air mineral dan 30 kotak buah kurma telah disumbangkan oleh syarikat berkenaan yang mana setiap masjid menerima 50 kotak air mineral dan dua kotak kurma.

Sumbangan tersebut adalah bagi kegunaan pada majlis bertadarus dan bersungkai di setiap masjid-masjid di sepanjang bulan Ramadan.

Haji Haris menyerahkan air mineral dan buah kurma sumbangan Kumpulan Anak-Anak Syarikat Serikandi Oilfield Services Sdn Bhd sambil disaksikan Shaikh Khalid (kiri).
Haji Haris menyerahkan air mineral dan buah kurma sumbangan Kumpulan Anak-Anak Syarikat Serikandi Oilfield Services Sdn Bhd sambil disaksikan Shaikh Khalid (kiri).

ARTIKEL YANG SAMA