Syarikat SMES hulur bantuan untuk anak yatim

Syarikat SMES hulur bantuan untuk anak yatim

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 5 Julai – Seramai 15 penerima bantuan derma hari raya bagi keluarga yang kurang berkemampuan diraikan hari ini bersama-sama 186 orang anak-anak yatim dari Mukim Kuala Belait dalam satu Majlis Penyampaian Derma dan Sungkai Bersama-sama Anak-anak Yatim hari ini yang berlangsung di Dewan Cenderawasih, Kelab Ria Brunei Shell (BSRC) di sini.

Acara anjuran Syarikat Suasana Mentari Engineering Services Sdn Bhd (SMES) itu juga diadakan bagi meraikan saudara baru iaitu Awang Muhammad Alimin Bin Abdullah yang merupakan salah seorang pekerja di SMES yang baru-baru ini telah memeluk agama Islam.

Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Pegawai Daerah Belait Haji Harris bin Othman dan diiringi oleh Pengurus Am SMES Awang Yusof bin Haji Othman.

Juga hadir Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Haji Yusof bin Haji Dulamin yang juga Ketua Kampung Mumong dan Penghulu Mukim Seria iaitu Haji Jamail Bin Haji Linap.

Pegawai Daerah Belait menyampaikan derma kepada slaah seorang penerima bantuan
Pegawai Daerah Belait menyampaikan derma kepada slaah seorang penerima bantuan