Syarikat tempatan dijatuhi denda

Syarikat tempatan dijatuhi denda

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160830_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Ogos – Akibat gagal untuk mengemukakan penyata tahunan syarikat ke Seksyen Pendapatan Kementerian Kewangan, dua buah syarikat tempatan dijatuhi denda oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Uniquest Sdn Bhd dijatuhi denda $4,000 dan diberikan tempoh selama sebulan untuk membayar denda itu selepas pengarah syarikat mengaku bersalah kerana gagal untuk mengemukakan cukai pendapatan syarikatnya yang berakhir pada 31 Disember 2011 sehingga 31 Disember 2014.

KPF Comserve Sdn Bhd pula dijatuhi denda $5,000 dengan tempoh pembayaran diberikan selama dua bulan setelah pengarahnya mengaku bersalah kerana gagal untuk mengemukakan cukai pendapatan syarikatnya yang berakhir pada 31 Disember 2010 sehingga 31 Disember 2014.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin turut memerintahkan kesemua aset milik kedua-dua syarikat dirampas jika pihak syarikat gagal membayar denda dalam tempoh yang diberikan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Amiriah binti Haji Ali.

ARTIKEL YANG SAMA