Syarikat tenaga Australia batal gabungan

Syarikat tenaga Australia batal gabungan

SYDNEY, 8 Dis – Syarikat tenaga Australia Woodside Petroleum hari ini menggugurkan bidaannya berjumlah Aus$11.6 bilion untuk Oil Search, tatkala saham tenaga merosot di Australia disebabkan kemerosotan harga minyak berpunca daripada kemelesetan bekalan global.

Woodside, syarikat minyak terbesar Australia, berkata ia menghubungi lembaga Oil Search ia telah “menarik balik cadangannya untuk menggabung perniagaan,” tanpa mengulas mengenai sebab-sebabnya.

“Woodside tidak mencari sebarang urus niaga alternatif untuk menggabung perniagaan,” tambah firma dalam satu kenyataan kepada Tukaran Sekuriti Australia, tiga bulan selepas bidaan pada September yang akan membantunya menembusi pasaran Papua New Guinea.

Oil Search, dengan asetnya kebanyakannya berpangkalan di negara pulau Pasifik, mengulangi pernyataannya setelah menolak bidaan tersebut pada September bahawa “cadangan Woodside mengurang nilai syarikat.”

Kerajaan PNG pada tahun lalu membeli 10 peratus saham dalam syarikat itu, yang merupakan firma minyak kedua terbesar di Australia. Saham dalam Woodside ditutup 3.96 peratus lebih rendah pada Aus$26.89 di Sydney, sementara Oil Search merosot 16.36 peratus kepada Aus$6.29.

Santos, yang mempunyai usaha sama dengan Oil Search dalam projek gas PNG dan mengumumkan pengumpulan modal berjumlah Aus$2.5 bilion pada November, melihat sahamnya merosot 13.12 peratus kepada Aus$3.31.

“Pemegang saham utama Oil Search adalah kerajaan PNG, maka mengeluarkan mereka adalah agak sukar,” beritahu penganalisis minyak dan gas Argonaut Securities Philipp M-O Kin kepada AFP.

“Saya juga fikir tidak timbulnya minat mendalam daripada pemegang saham Woodside apabila bidaan awal diumumkan.

“Dengan harga minyak berada di mana mereka berada sekarang, banyak syarikat mungkin cuba mengekal wang tunai mereka seberapa banyak mungkin untuk mengatasi harga minyak yang rendah ini,” tambah beliau. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA