Syarikat tenaga RWE buang 2,400 pekerja

Syarikat tenaga RWE buang 2,400 pekerja

LONDON, 8 Mac (AFP) – Bekalan tenaga Britain npower, sebuah unit RWE Jerman, mengatakan hari ini ia akan mengurangkan 2,400 jawatan selepas menyiarkan kerugian tahunan dalam persaingan hebat, jualan merosot dan masalah operasi.

Syarikat itu mengumumkan dalam satu kenyataan, menyiarkan di samping keputusan RWE 2015, yang ia mengalami pencapaian ‘paling mendukacitakan’ dan akan membuang kira-kira satu perlima daripada tenaga kerja UK dalam kempen pengurangan kos baru.

“Menjelang 2018, sekitar 2,400 orang akan menyokong npower keseluruhannya menerusi gabungan mereka yang bekerja secara langsung dan tidak langsung dengan npower,” kata Paul Coffey, ketua eksekutif npower RWE.

Logo RWE, salah sebuah syarikat gas dan elektrik terbesar Eropah yang dilihat di blok F/G loji tenaga arang baru RWE di Neurath, barat laut Cologne, Jerman. – AFP
Logo RWE, salah sebuah syarikat gas dan elektrik terbesar Eropah yang dilihat di blok F/G loji tenaga arang baru RWE di Neurath, barat laut Cologne, Jerman. – AFP

Sementara itu divisyen tersebut menjunam kepada merah tahun lepas dengan kerugian operasi sekitar £99 juta (AS$141 juta, 128 juta euro). Yang sangat jauh bandingannya dengan keuntungan sekitar £183 juta pada 2014.

“Ini mencerminkan…… persaingan paras tinggi dalam kedua-dua pasaran pelanggan perniagaan dan domestik, mengurangkan isi padu jualan dan kos berterusan mengenai sistem perkhidmatan pelanggan domestik dan masalah proses yang bermula pada 2013,” menurut kumpulan itu.