Syarikat ubat GSK labur AS$361 juta

Syarikat ubat GSK labur AS$361 juta

LONDON, 27 Julai – Pembuat ubat, GlaxoSmithKline hari ini mendedahkan rancangan untuk melabur £275 juta ke tiga tapak pengilangan di Britain, tidak mengendahkan kebimbangan Brexit.

Pelaburan itu – bernilai AS$361 juta atau 328 juta euro – akan digunakan dalam kemudahan di Barnard Castle di timur laut England, Ware di tenggara dan Montrose di Scotland, kata GSK dalam satu kenyataan.

Langkah itu akan ‘merangsang pengeluaran dan menyokong penghantaran ubat-ubat biologi molekul dan pernafasan inovatif terkini,” katanya, menambah bahawa ‘majoriti besar’ produk itu akan dieksport secara global.

GSK, yang sudah pun mempunyai 6,000 kakitangan di seluruh sembilan kilang pengeluarannya di Britain, juga mengatakan pelaburan itu akan menyediakan peluang pekerjaan baru.

“Pengumuman hari ini itu menggambarkan pelaburan selanjutnya untuk menyokong aliran farmaseutikal kami dan memenuhi permintaan yang bertambah bagi portfolio produk inovatif kami yang baru dilancarkan,” kata ketua eksekutif Andrew Witty, yang menyokong kempen ‘tinggal’ tidak berjaya dalam undian keahlian EU pada 23 Jun, Britain.

“Ia adalah bukti kepada tenaga kerja UK kami yang berkemahiran dan kedudukan utama negara dalam kehidupan sains bahawa kami sedang membuat pelaburan ini dalam memajukan pengilangan di sini,” tambah Witty.

“Dari perkilangan mereka di UK, kebanyakan ubat-ubat ini akan dihantar kepada pesakit-pesakit di seluruh dunia.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA