Syarikat ZTE jangka AS batal sekatan

Syarikat ZTE jangka AS batal sekatan

SHANGHAI, 22 Mac – Syarikat gergasi telekomunikasi China, ZTE mengatakan hari ini ia menjangkakan Amerika Syarikat akan membatalkan penyekatan ke atas perniagaannya, di tengah-tengah rundingan bersama Washington berhubung pertuduhan ia mencabul sekatan perdagangan ke atas Iran.

Washington pada awal bulan ini mengenakan sekatan ke atas ZTE dan tiga syarikat berkaitan kerana secara haram mengeksport semula barangan dikawal dari AS kepada negara-negara disekat termasuk Iran. Kekangan itu memerlukan ZTE untuk mendapatkan lesen tertentu sebelum menghantar barangan buatan AS ke syarikat induk atau tiga firma lain yang dilantik.

Langkah itu mengancam keupayaan firma China untuk membeli perisian dan perkakasan teknologi di AS. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA