Syawal RBC meriah

Syawal RBC meriah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Royal Brunei Catering Sdn Bhd (RBC) memeriahkan hari-hari terakhir bulan Syawal dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka bagi kakitangan RBC yang berlangsung di Restoran Emperor’s Court, Hua Ho Manggis Mall, hari ini.

Hadir di majlis yang bermula pukul 2 petang sehingga 5 petang itu ialah Pemangku Pengurus Besar RBC, Pengiran Haji Abdul Rahman bin Pengiran Haji Mat Salleh, Pegawai Korporat Operasi, Lt.Kol (B) Haji Salleh bin Haji Suhaili dan juga para pegawai dan kakitangan RBC.

Majlis berkenaan turut diselajurkan dengan acara sambutan ulang tahun pegawai dan kakitangan RBC yang menyambut ulang tahun mereka pada bulan Julai dan Ogos.

Acara dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah dan persembahan-persembahan lagu raya, pertandingan baju terbaik dan bermacam-macam lagi.

Pengiran Haji Abdul Rahman (2 kiri) bersama tetamu lain yang hadir di majlis itu.
Pengiran Haji Abdul Rahman (2 kiri) bersama tetamu lain yang hadir di majlis itu.
Antara warga RBC yang hadir memeriahkan sambutan hari-hari terakhir bulan Syawal di majlis itu.
Antara warga RBC yang hadir memeriahkan sambutan hari-hari terakhir bulan Syawal di majlis itu.

pg08_150815_c

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kakitangan dan pegawai di RBC, di samping sebagai salah satu cara pihak RBC memberikan penghargaan kepada kakitangan mereka yang telah bekerja keras dalam menjayakan lagi RBC dari tahun ke tahun.

ARTIKEL YANG SAMA