Sydney dilanda ribut aneh

Sydney dilanda ribut aneh

SYDNEY, 5 Jun – Pantai timur Australia, termasuklah Sydney, dilanda ribut aneh hari ini dengan pokok-pokok tercabut dan beribu-ribu orang tidak menerima elektrik.

Ribut ganas melanda New South Wales (NSW) selepas melanda negeri Queensland semalam, dengan tekanan rendah kuat menurunkan hujan lebat, angin kencang dan lautan bergelora.

Ratusan orang dipindahkan dari rumah di seluruh NSW dan pengguna jalan raya yang terperangkap di jalan raya terpaksa diselamatkan apabila air banjir meningkat, menurut Perkhidmatan Kecemasan Negeri.

Angin kencang melebihi 90 kilometer sejam dicatatkan dengan ramalan angin sehingga 125 kilometer sejam di beberapa buah tempat di negeri itu, menurut Biro Meterologi.

Lapangan Terbang Sydney menutup dua dari tiga landasannya di tengah angin kencang, dengan penerbangan dalam negeri dan antarabangsa telah terjejas.

John Kerry ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing semalam. Kerry mengingatkan Beijing supaya jangan menubuhkan zon pengenalpastian pertahanan udara (ADIZ) di Laut China Selatan. – AFP
John Kerry ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing semalam. Kerry mengingatkan Beijing supaya jangan menubuhkan zon pengenalpastian pertahanan udara (ADIZ) di Laut China Selatan. – AFP

“Kaji cuaca NSW tidak pernah ingat tentang pengawasan banjir bagi keseluruhan pantai timur NSW dalam tempoh 30 tahun,” ahli meteorologi kanan, Adam Morgan dari bahagian cuaca teruk Biro Meteorologi memberitahu AFP.

Tahap rendah di pantai timur lazimnya hanya menjejaskan rantau setempat, tetapi cuaca pada masa ini ‘sangat luar biasa’ kerana ia berada di sepanjang garisan pantai, menjejaskan empat buah negeri terutamanya NSW yang mempunyai garisan pesisir panjang 2,000 kilometer, tambah Morgan lagi.

“Ia benar-benar menjejaskan bilangan sangat besar penduduk Australia memandangkan peratusan besar rakyat Australia yang tinggal di sepanjang kawasan pinggir laut timur,” menurutnya, dengan menyifatkannya kejadian amat teruk.”

Dalam tempoh 24 jam hingga pagi hari ini, biro cuaca menga-takan berlaku turunan hujan meluas antara 100-200 milimeter dengan tahap tertinggi pernah dicatatkan di Sungai Wooli pada 469 milimeter. – AFP