Sydney FC sambar Bobo

Sydney FC sambar Bobo

SYDNEY, 22 Ogos – Penjaring terbanyak Brazil, Deyvison Rogeri ‘Bobo’ da Silva telah menandatangani bersama pasukan Sydney FC bagi musim baru Liga-A, kata kelab itu hari ini.

Dengan nama samaran ‘Bobo’, pemain penyerang dari Brazil itu hadir ke A-League sebagai penjaring terbanyak bagi pasukan gergasi Turki, Beskitas, setelah menjaringkan 97 gol dalam 222 perlawanan dalam lima musim.

Bobo, 31, menjulang gelaran Turki pada 2008/09, Piala Turki sebanyak tiga kali dan Piala Super Turki sekali ketika di Istanbul.

Dia menyertai Sky Blues dari pasukan teratas Brazil, Gremio.

“Saya percaya, saya datang ke Sydney FC untuk memenangi trofi dan saya tidak akan berpuas hati sehingga kami mencapainya,” kata Bobo. – AFP

Graham Arnold (kiri) berjabat tangan dengan Deyvison Rogerio ‘Bobo’ da Silva di Stadium Allianz, Sydney kelmarin. – AFP
Graham Arnold (kiri) berjabat tangan dengan Deyvison Rogerio ‘Bobo’ da Silva di Stadium Allianz, Sydney kelmarin. – AFP