Syria, Afghan bergaduh di pusat pelarian

Syria, Afghan bergaduh di pusat pelarian

HAMBURG, 1 Okt (AFP) – Sekitar 200 warga Syria dan pelarian Afghanistan bergaduh dalam pusat pelarian Jerman yang sesak di Hamburg malam semalam, mengakibatkan beberapa orang cedera dalam rusuhan ketiga minggu ini, menurut polis hari ini.

Seramai 50 anggota polis telah dikerahkan untuk menangani pergaduhan besar itu, yang meletus dalam pertengkaran blok bilik air, lapor akhbar tempatan, Morgenpost.

Dua kumpulan menyerang antara satu sama lain menggunakan batang besi dan perabot serta melontar batu, lapor agensi berita harian dan DPA, memetik kakitangan kecemasan di bandar pelabuhan sungai utara.

Polis mengatakan beberapa orang cedera dan yang lain ditangkap, tanpa memberi jumlah selanjutnya.

Jerman menjadi destinasi utama Eropah bagi orang-orang yang melarikan diri daripada perang dan kesengsaraan akibat zon konflik serta negara-negara yang dilanda kemiskinan dan dijangka kira-kira dua juta pendatang baru tahun ini. Para pekerja bantuan memberi amaran yang ketegangan mudah meletus disebabkan pelarian trauma terutamanya lelaki, berkongsi ruang sempit selain kesukaran berbahasa untuk meleraikan konflik.

Pusat di Hamburg itu, terletak dalam sebuah bangunan besar bekas gedung perkakasan, telah menempatkan kira-kira 800 orang, dengan ketibaan baru-baru ini tidur di luar.