Syria: Iran enggan selaras dengan AS

Syria: Iran enggan selaras dengan AS

TEHRAN, 3 Julai – Iran tidak akan menyelaraskan dengan Amerika Syarikat dalam konflik Syria dan konflik serantau yang lain, pemimpin agung Ayatollah Ali Khamenei mengatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya hari ini.

“Kami tidak mahu koordinasi seumpama itu memandangkan objektif utama mereka adalah untuk menghalang kehadiran Iran di rantau itu,” kata Khamenei dalam satu transkrip daripada satu ucapan kepada pelajar universiti.

Iran dan Rusia menyokong perjuangan Presiden Syria Bashar al-Assad terhadap pemberontak bersenjata dan pejuang jihad, termasuk kumpulan IS.

Tehran menolak sebarang koordinasi dengan pakatan diketuai AS yang juga mengebom pejuang jihad di Syria dan Iraq.

Khamenei mengulangi permintaan bagi AS untuk berhenti campur tangan dalam rantau itu dan mengatakan Washington masih bersikap agresif di sebalik perjanjian nuklear tahun lalu bersama kuasa-kuasa dunia untuk menamatkan pengasingan Iran.

“Amerika masih lagi berseteru terhadap negara Iran, sama ada ia dalam kalangan Kongres atau pentadbiran AS,” katanya.

Iran juga mengadu ia tidak mendapat faedah daripada perjanjian nuklear yang berkuat kuasa dalam Januari itu, dengan bank-bank antarabangsa masih lagi bimbang menjalankan perniagaan dengan Tehran kerana sekatan berbaki AS.

“Mereka yang percaya bergantung kepada Barat untuk kemajuan sesebuah negara sudah hilang akal kerana kebijaksanaan memberitahu kita agar belajar daripada pengalaman,” kata Khamenei. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA