Syria nafi gu...

Syria nafi gunakan senjata kimia

DAMSYIK, Syria, 16 Feb – Kementerian Luar Syria, menafikan laporan baru-baru ini oleh Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) mengenai tentera Syria menggunakan senjata-senjata kimia ketika pertempuran di bandar Aleppo.

Kerajaan Syria secara menyeluruh menafikan “tuduhan-tuduhan itu,” dibuat dalam satu laporan oleh HRW yang mendakwa kerajaan Syria menggunakan senjata-senjata kimia, sekurang-kurangnya lapan kali, ketika pengepungan di kawasan-kawasan dikawal pemberontak, timur bandar Aleppo di utara Syria.

Menurut keterangan HRW, tuduhan itu berdasarkan “temu bual telefon dan secara berdepan dengan saksi-saksi mata dan analisis paparan video, gambar, dan pos-pos dalam media sosial.”

Ia berkata, helikopter-helikopter kerajaan Syria menjatuhkan gas klorin pada kawasan-kawasan kediaman di Aleppo, sekurang-kurangnya lapan kali dalam bulan November dan Disember 2016.

Kerajaan Syria menafikan sebarang penglibatan menggunakan senjata kimia seperti apa yang terdapat pada laporan terbaru HRW. - AFP
Kerajaan Syria menafikan sebarang penglibatan menggunakan senjata kimia seperti apa yang terdapat pada laporan terbaru HRW. – AFP

Dalam keterangannya, kementerian itu berkata laporan itu berdasarkan dari sumber-sumber media pengganas. Ia menambah bahawa “laporan itu tidak profesional, tidak saintifik dan fakta-fakta yang diputarbelitkan.”

Ia menambah laporan itu tidak mempunyai peluang sebelum sebarang kajian saintifik atau bukti-bukti sah.

Kementerian itu berkata, laporan HRW itu datang untuk melayani agenda-agenda asing dan untuk menjejaskan rundingan sesama Syria di Geneva.

Sementara itu, kementerian itu menekankan komitmen kerajaan terhadap janjinya kepada Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW). – NNN