Syria, Rusia perluaskan serangan

Syria, Rusia perluaskan serangan

BEIRUT, 18 Okt – Rejim tentera Syria maju lebih ke hadapan dalam membuat serangan di wilayah utara Aleppo pada Sabtu lalu dengan perlindungan tentera udara dari pesawat pejuang Rusia, tetapi menghadapi tentangan sengit dari pasukan pemberontak di pusat negara itu.

Sejak Moscow memulakan kempen udara bagi menyokong sekutu Damsyik pada 30 September lalu, tentera dan sekutu-sekutunya telah melancarkan empat serangan darat terhadap pasukan pemberontak di utara dan tengah Syria, sebagai serangan terbaharu dalam konflik bertahun-tahun dan pemerhati berkata ia membunuh lebih daripada 250,000 orang.

Tentera Syria telah melancarkan serangan di Aleppo, Hama, Homs dan wilayah Latakia, mengambil kesempatan daripada serangan udara Rusia terhadap Al-Qaeda Al-Nusra dan kumpulan pemberontak lain.

Kawalan bandar Aleppo yang merupakan hab ekonomi sebelum perang Syria telah dibahagikan sejak pertengahan tahun 2012 dengan kuasa-kuasa kerajaan. Bahagian barat bandar dikawal oleh kerajaan, manakala sebahagian persekitaran wilayah itu dipegang oleh kumpulan pemberontak dari Nusra dari barat sehingga kumpulan Negara Islam (IS) di timur.

Sabtu lalu, tiga anggota kanan Nusra, salah seorang daripada mereka adalah ‘pengganas global’ terbunuh dalam serangan udara di wilayah Aleppo pada Khamis lalu, kumpulan pemantauan berkata.

Tentera rejim menawan sekurang-kurangnya lima buah kampung dan beberapa bukit strategik pada Sabtu lalu sehingga membawa mereka ke Al-Hader, di selatan bandar Aleppo, Balai Cerap Syria yang berpangkalan di Britain untuk Hak Asasi Manusia berkata. – AFP