Syria sudah bersedia

Syria sudah bersedia

BEIRUT, 25 Dis (AFP) – Rejim Syria semalam berkata ia bersedia untuk menyertai rundingan baru di Geneva yang bertujuan menamatkan peperangan, tetapi nampaknya membuatkan penyertaannya bersyarat kumpulan pembangkang mana yang menghadirinya.

Menteri Luar Walid Muallem berkata Damsyik ‘bersedia menyertai dialog Syria-Syria di Geneva tanpa sebarang campur tangan luar.’

Minggu lalu, Majlis Keselamatan PBB sebulat suara membentuk resolusi yang menyokong cadangan rancangan damai untuk membawa rejim dan pihak pembangkang kepada rundingan pada bulan Januari.

Rancangan itu adalah hasil usaha gigih selama hampir dua bulan dalam kalangan diplomat-diplomat tertinggi dari 17 buah negara, termasuklah penyokong rejim, Rusia dan Iran.

Tetapi ia tidak menangani perbezaan jelas antara kumpulan pembangkang dan rejim: nasib Presiden Bashar al-Assad.

Menteri Luar Negeri Syria, Walid Muallem ketika berucap di sidang akhbar selepas mesyuarat bersama Menteri Luar Negeri China di Beijing pada 24 Disember. – AFP
Menteri Luar Negeri Syria, Walid Muallem ketika berucap di sidang akhbar selepas mesyuarat bersama Menteri Luar Negeri China di Beijing pada 24 Disember. – AFP

Ulasan Muallem nampaknya menunjukkan kelulusan kerajaan akan rancangan itu – tetapi dengan syarat awal.

Syria telah menolak ‘campur tangan luar’ dan pasukan perunding kerajaan ‘akan bersedia sebaik saja kami menerima senarai delegasi pihak pembangkang,’ katanya.

Di Syria, serangan udara rejim telah membunuh 10 orang kanak-kanak dalam kalangan 28 orang awam di kawasan yang dikuasai pemberontak di Timur Ghouta berhampiran Damsyik, menurut seorang pemerhati.

Kumpulan Islam IS sementara itu mara seterusnya ke bandar timur utama dalam pertempuran yang dilaporkan telah mengorbankan lebih dua belas orang yang setia kepada rejim.

Muallem berkata Syria sedang menanti untuk menerima senarai ‘pertubuhan pengganas’ yang tidak akan menyertai rundingan.

PBB menugaskan Jordan membentuk senarai hitam, yang telah dikemukakan hari ini dan memasukkan IS dan kumpulan Al-Nusra yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.